Menelusuri sejarah penubuhan Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor dalam usaha mengembangkan ilmu falak, menyatukan ahli-ahli falak dan memelihara khazanah astronomi Islam di Negeri Selangor.
Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor atau PAFNS ditubuhkan sebagai sebuah wadah yang menghimpunkan individu yang mempunyai minat, pengetahuan dan kepakaran dalam bidang ilmu falak di Negeri Selangor.
PAFNS telah dilancarkan pada 21 Julai 2007 oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor semasa berlangsungnya Konvensyen Falak Selangor 2007 di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
Pelancaran ini menjadi titik permulaan kepada usaha mewujudkan sebuah persatuan yang dapat mengembangkan ilmu falak serta menyatukan ahli-ahli falak di Negeri Selangor.
Mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali pertama telah diadakan pada 21 Ogos 2007. Mesyuarat tersebut bersetuju supaya persatuan ini didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor.
PAFNS kemudiannya mendapat kelulusan pendaftaran pada 1 Februari 2008 dengan nombor pendaftaran 0193-08-SEL.
KRONOLOGI PENUBUHAN
ASAS PENUBUHAN
Menghidupkan dan mengembangkan tradisi pengajian ilmu falak berasaskan prinsip al-Quran dan as-Sunnah.
Menghimpunkan serta menyatukan ahli-ahli falak di Negeri Selangor dalam sebuah organisasi yang tersusun.
Bekerjasama dengan pihak berkuasa, institusi pendidikan dan pertubuhan falak tempatan serta antarabangsa.
Mengekal, menjaga dan memelihara khazanah ilmu falak untuk diwarisi oleh generasi akan datang.
JEJAK PERKEMBANGAN
Kenali visi, misi dan objektif PAFNS dalam memartabatkan ilmu falak serta memperluas manfaatnya kepada masyarakat.
