Pengembangan Ilmu Falak
Menghidupkan dan mengembangkan tradisi pengajian ilmu falak melalui pendidikan, latihan dan perkongsian ilmu yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.
Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor berperanan sebagai wadah yang menghimpunkan ahli-ahli falak, mengembangkan ilmu falak serta memperluas kefahaman masyarakat terhadap kepentingan astronomi Islam.
Melalui pendidikan, latihan, penyelidikan, cerapan dan khidmat masyarakat, PAFNS berusaha memastikan ilmu falak terus dipelajari, diamalkan dan dipelihara berlandaskan prinsip al-Quran dan as-Sunnah. Persatuan turut membina kerjasama dengan pihak berkuasa, institusi pendidikan serta pertubuhan falak di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Menghidupkan dan mengembangkan tradisi pengajian ilmu falak melalui pendidikan, latihan dan perkongsian ilmu yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.
Menghimpunkan ahli-ahli falak di Negeri Selangor dalam sebuah organisasi yang tersusun serta menggalakkan pertukaran pengetahuan dan pengalaman.
Membina kerjasama dengan pihak berkuasa negeri dan pusat, institusi pendidikan serta persatuan falak tempatan dan antarabangsa.
Mengekal, menjaga dan memelihara khazanah serta warisan ilmu falak supaya terus dipelajari dan diwarisi oleh generasi akan datang.
Selain mengembangkan ilmu falak, PAFNS turut menyediakan perkhidmatan dan latihan yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat, khususnya dalam penentuan arah kiblat rumah persendirian dan pembangunan Petugas Kiblat Rumah atau PAKAR.
Ketahui asas perlembagaan yang menjadi panduan dalam pengurusan dan pelaksanaan tanggungjawab Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor.
