Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor

HALA TUJU PAFNS

Visi, Misi dan Objektif

Menjadi sebuah persatuan falak yang berwibawa, dihormati dan menjadi rujukan dalam pengembangan, pendidikan serta pemeliharaan ilmu falak di Negeri Selangor.

Menghimpunkan ahli-ahli falak, memperkukuh pengajian berteraskan al-Quran dan as-Sunnah, serta membina kerjasama bersama pihak berkuasa, institusi pendidikan dan pertubuhan berkaitan demi memajukan ilmu falak.

  • Menghidup dan mengembangkan tradisi pengajian ilmu falak berdasarkan prinsip al-Quran dan as-Sunnah.
  • Mengumpul dan menyatukan ahli-ahli falak di Negeri Selangor.
  • Menyatupadukan umat Islam dalam masalah-masalah falak berdasarkan prinsip al-Quran dan as-Sunnah.
  • Bekerjasama dalam masalah falak dengan pihak berkuasa Negeri Selangor dan Kerajaan Malaysia.
  • Menganjur, menggalak dan memupuk kerjasama dengan persatuan falak tempatan atau antarabangsa.
  • Memperjuangkan supaya ilmu falak diambil kira sebagai satu mata pelajaran di institusi-institusi pengajian.
  • Mengadakan aktiviti-aktiviti berkaitan falak untuk mendapatkan sumber kewangan bagi pengurusan persatuan.
  • Bekerjasama dengan pihak berkuasa pusat, negeri dan badan-badan lain untuk memelihara khazanah dan warisan ilmu falak.
  • Mengutip derma daripada ahli dan orang awam untuk dana persatuan dengan kebenaran pihak berkenaan.

PAFNS komited untuk memperkasa ilmu falak melalui pendidikan, penyelidikan, latihan, khidmat masyarakat dan kerjasama strategik, agar manfaat ilmu falak dapat terus diperkembangkan kepada masyarakat Islam di Negeri Selangor.

Terokai Lebih Lanjut Profil PAFNS

Kenali fungsi, peranan dan perjalanan Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor dalam membangunkan ilmu falak serta khidmat kepada masyarakat.